Posted on Friday, 30th October 2009 by admin
Beberapa hari yang lepas, saya telah menerima email dari seseorang. Emm.. terlupa pula namanya, email yang beliau send pun saya dah delete (space email penuh). Sebenarnya beliau ingin bertanya bagaimana nak setting pada plug-in Mighty Adsense. Tapi saya tak pernah menggunakan plug-in tersebut. Bila saya check, saya dapati plug-in Mighty Adsense ada sedikit persamaan dengan Easy Adsense, so saya telah mencadangkan beliau untuk menggunakan plug-in Easy Adsense kerana ia lebih mudah digunakan.
Masalahnya sekarang, beliau masih tidak tahu bagaimana cara untuk menggunaka plug-in Easy Adsense. So, pada entri kali ini, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk menggunakan plug-in tersebut. Anda boleh dapatkannya di www.wordpress.org/extend/plugins/easy-adsenser/.

Ok.. seperti biasa, upload plug-in kedalam blog dan aktifkannya. Selepas tu pergi ke Setting > Easy Adsense, kemudian anda akan lihat beberapa kotak seperti gambar dibawah. Apa yang anda perlukan lakukan sekarang adalah, log-in kedalam akaun Adsense anda dan dapatkan code Adsense, kemudian copy dan paste code tersebut kedalam kotak yang telah disediakan.

Di sini saya akan berikan beberapa contoh. Pada kotak yang pertama saya telah memilih format iklan berbentuk half banner 234×60. Tapi ia juga terpulang kepada anda untuk memilih format iklan yang anda mahukan. Kemudian pada bahagian ‘Position’ dan ‘Show’ adalah seperti gambar diatas. So, iklan yang akan muncul adalah seperti ini:

Kemudian ulang langkah seterusnya pada kotak yang kedua. Pada kali ini saya akan menggunakan format iklan square 250×250. Lihat pada gambar dibawah.

Pada bahagian ’show’ saya akan memilih ‘Aligan Left, Text-wrapped’. Ia juga terpulang kepada anda untuk memilih kedudukan iklan seperti yang anda mahukan. So, iklan yang akan muncul adalah seperti ini:

Setting pada bahagian kanan pula ada sedikit kelainan. Ini kerana, anda perlu memasang widget setelah code Adsense dimasukkan kedalam kotak. Sebagai contoh, saya akan pilih kotak untuk format iklan link unit. Seperti biasa, copy code Adsense berbentuk link unit dan paste kedalam kotak yang telah disediakan.

Tekan butang save kemudian pergi ke Appearance > Widgets. Tekan butang ‘Add’ pada ‘Google Link Units (1)’ kemudian save widget anda. Lihat pada gambar dibawah.

Selepas tu anda akan lihat iklan link unit akan muncul pada bahagian sidebar blog anda. Ok, saya harap tutorial ringkas ini dapat membantu anda. Kepada si kawan yang telah menghantar email, jika masih tak jelas, boleh hubungi saya pada bahagian ‘Contect Me’.
Akhir kata, terima kasih kepada anda yang selalu mengunjungi blog ini. Keep in touch.. PEACE.
P/s: Maaf kerana entri kali ni terlalu ringkas, kepenatan telah menyelubungi diri ku hehe..
Posted in Google Adsense | Comments (4)




October 31st, 2009 at 11:09 am
Plugin aku pernah pasang dulu. Disebabkan tema aku siap sedia adsense, aku rasa tak payahlah.
safar´s last blog ..Tukar alamat ip untuk forum adsense
October 31st, 2009 at 1:03 pm
Sempoi juga theme tu.. boleh kongsikan? hehe..
November 2nd, 2009 at 2:31 pm
Best2.. aku penah pakai gak plugin ni haha.. yg theme safar ckap tu aku rase aku ade, ko cari je kt google..
Keywords die theme adsense ke adsense theme.. ko try la, aku pernah try gak theme tu hehe..
November 2nd, 2009 at 5:15 pm
Ok bro, thanks.. nanti aku try hehe..