Posted on Monday, 26th October 2009 by admin
Memang tidak dapat dinafikan lagi Man U adalah sebuah pasukan yang hebat. Sejak kedatangan Sir Alex Ferguson ke Man U, beliau telah menyatakan hasrat beliau untuk menyekat Liverpool dari terus menerajui EPL. Hasrat itu telah tercapai apabila Liverpool tidak lagi menjuarai EPL sejak kedatangan beliau ke Man U.
Selalunya dalam perlawanan diantara Liverpool dan Man U, kemenangan akan selalu memihak kepada Man U. Tetapi apabila kekalahan Man U 1-4 di tangan Liverpool pada musim lepas, banyak yang mengatakan Liverpool menang disebabkan nasib. Kalau tak silap saya Liverpool menang kedua-dua perlawana EPL menentang Man U pada musim lepas, dan kali ini Liverpool sekali lagi menyatakan bahawa kemenangan itu bukanlah sekadar nasib apabila Man U kalah 2-0 sekali lagi di tangan Liverpool semalam.
Tentu ramai penyokong Man U yang rasa kecewa dengan keputusan itu. Tapi tak apa lah, kalah dan menang tu kan adat permainan. Tapi bagi penyokong Liverpool itulah saat yang dinanti-nantikan kerana Man U merupakan musuh tradisi mereka sejak dulu lagi. Ok, saksikan highlight Liverpool Vs Manchester United di http://sportcanter.blogspot.com.

So, adakah ini bermakna Rafa Benitez sudah dapat membaca taktik yang digunakan oleh Sir Alex Ferguson? Atau pasukan Liverpool sekarang semakin hebat?
Tak cukup lagi dengan tu, mari kita saksikan gelagat kedua-dua penyokong team ini memberi ulasan, lawak haha.. Macam kena sawan si kawan tu bila Liverpool mendapat gol.
Kesian pula penyokong Man U tu kena ‘belasah’ haha.. tapi mereka ni sporting, tak lah sampai gaduh-gaduh bila kalah. Seperti yang dikatakan oleh seorang Pro Blogger, Rohaizad di http://www.rohaizad.com
“Orang kita lain, siap maki-maki pasukan yang menang. Kalau setakat boo.. sindir dan gurau tu standardlah.. ini sampai makin dan serang “secara peribadi” pasukan yang menang..”
Betul juga apa yang beliau katakan tu. Ok, ulasan untuk perlawanan di antara Liverpool dan Man U sampai di sini saja hehe.. nanti kalau terlalu panjang ada yang boring baca pula, maklumlah bukan semua orang minat bola. Sebenarnya saya saja tulis artikel tentang bola, tension juga kalau asyik tulis artikel tentang buat duit hehe.. Ok, Jumpa lagi pada artikel yang akan datang. PEACE..!
Ingin mencari sesuatu? Try google search.
Posted in Personal | Comments (13)




October 26th, 2009 at 7:54 pm
Liverpool win because MU had a bad game last night.
cheer !
Jackkie´s last blog ..When I . . .
October 26th, 2009 at 7:55 pm
And doesn’t mean Liverpool win because of LUCKY !
. You’ll never walk alone. Sorry double post 

Jackkie´s last blog ..When I . . .
October 26th, 2009 at 8:53 pm
You’re right bro hehe..
October 26th, 2009 at 10:30 pm
Hehe.. peminat yg mne satu ni kobot??
October 27th, 2009 at 12:45 am
Saya ke bro? Kalau saya tentu la peminat Liverpool hehe..
October 27th, 2009 at 4:58 am
Menang nasib..? Aku rasa sbb MU terlalu yakin dan memandang rendah terhadap lwnnya… MU gak antara pasukan yg bongkak selepas dari Real Madrid… haha..
*peminat2nya jgn marah..
syin´s last blog ..Hari ini baru sampai
October 27th, 2009 at 10:36 am
Emm.. ada betul juga cakap ko tu Syin.. hehe..
October 27th, 2009 at 10:52 am
Rafa pandai baca taktik pihak lawan,ini dikatakan hebat. Mana beliau belajar ye.
safar´s last blog ..Tukar alamat ip untuk forum adsense
October 27th, 2009 at 2:06 pm
Rafa memang bijak membaca taktik lawan, sebab tu banyak penyokong Liverpool x mahu Rafa di pecat..
October 27th, 2009 at 4:17 pm
Tak amik tahu sangat tentang bola ni huhuhu..
wanwma´s last blog ..(Motivasi) Kenapa Perlu Berubah?
October 27th, 2009 at 4:50 pm
Bukan kaki bola la ni ye bro? hehe..
October 27th, 2009 at 11:31 pm
Aku suke Liverpool mng tp aku tetap dgn Arsenal bro heheh..
October 28th, 2009 at 12:40 am
Sama la dgn abang aku bro.. penyokong setia Arsenal hehe..