Posted on Wednesday, 21st October 2009 by admin

Affiliate dan Google Adsense adalah salah satu program percuma yang sering menjadi pilihan semua orang.  Walaupun ada sesetengah yang masih gagal menjana pendapatan, tetapi ia tetap menjadi pilihan kepada mereka yang masih baru bergiat dalam menjana pendapatan di internet.

Sebenarnya, pada saya ada banyak lagi progam percuma yang lain, seperti survey serta banyak lagi program PPC yang lain. Walaupun ianya percuma tetapi kenapa ia tidak dicuba? Kalau dikatakan takut rugi, itu adalah satu alasan yang tidak masuk akal kerana ianya percuma. Hemm.. mungkin kita takut tertipu dengan program-program tersebut. Betul tak? Maklumlah ianya percuma, kalau program tersebut menipu sia-sia saja usaha dan masa yang kita luangkan.

Tetapi bagaimana pula program seperti affiliate dan google Adsense? Ianya percuma dan boleh dipercayai tetapi kenapa masih ramai lagi orang yang tidak mencubanya?

Mungkin ini disebabkan oleh beberapa perkara.

1. Tiada ilmu: Ilmu adalah satu ‘alat’ yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa ilmu, hidup kita tidak akan kemana-mana dan disebabkan tiada ilmulah kita masih gagal dalam menjana pendapatan di internet. Adly aka Labanon juga pernah berkata yang beliau pernah membayar RM1000 hanya untuk personal coaching selama 15 minit. Lihatlah sekarang, perniagaan internet beliau bertambah maju dari masa ke semasa.

* Screen short ini saya ambil di facebook Labanon.

2. Program tu susah: Kebanyakan orang selalu menganggap menjana pendapatan di internet adalah satu kerja yang amat susah, seolah-olah ia tidak boleh dicapai. Sebenarnya tiada perkara yang senang dalam dunia ni, kadang-kadang time nak tidur pun susah juga kalau tak dapat tidur. So, kalau kita selalu menganggap sesuatu perkara tu terlalu susah untuk dicapai, bertambah susahlah jadinya. Betul tak?

3. Tidak percaya: Kebanyakan orang yang masih baru mengenali perniagaan internet tidak percaya bahawa internet boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan jika kita berusaha. Ini mungkin disebabkan, mereka pernah ditipu oleh penyangak-penyangak yang terdapat di internet. Atau mereka pernah mendengar kisah kawan mereka yang telah ditipu di internet. Memang tidak dinafikan, memang banyak penyangak di internet sekarang yang sedang mencari mangsa, malah ada yang kehilangan sehingga  puluhan ribu ringgit kerana terperdya dengan  janji-janji manis yang ditaburkan olah si penyangak. Ini juga akan menghilangkan keparcayaan mereka kepada program-program percuma yang terdapat di internet.

4. Kegagalan dan putus asa: Kebanyakan orang yang telah gagal dalam menjana pendapatan di internet tidak lagi akan cuba untuk bangkit semula. Hal ini sering berlaku malah saya juga pernah melaluinya. Tetapi seperti yang dikatakan oleh kebanyakan IM malaysia yang telah berjaya, 99% adalah datang dari usaha kita sendiri jika kita ingin berjaya. Irfan Khairi (jutawan internet Malaysia) juga pernah mengatakan bahawa beliau pernah gagal tetapi beliau telah bangkit dari kegagalan dan akhirnya beliau telah berjaya.

So, mungkin disebabkan itulah  masih ramai lagi orang yang tidak mahu mencuba untuk menjana pendapatan di internet dengan program-program yang percuma. Jadi, bagaimana kita boleh mengatasi masalah seperti  diatas? Jawapannya simple saja, kita ambil pada masalah yang pertama iaitu ‘tiada ilmu’. Jika kita ada ilmu, masalah yang kedua, ketiga  dan keempat akan terjawab, betul tak? Jadi ilmu itu sangat penting jika kita ingin berjaya dalam sesuatu bidang.

Kesimpulannya, tidak kira apa saja program menjana pendapatan di internet, sama ada program itu percuma atau berbayar, jika ia dilakukan dengan sungguh-sungguh pasti ia boleh mendatangkan hasil. Tiada jalan pintas dalam menjana pendapatan di internet. Program percuma yang lain pun tidak akan menjanjikan bahawa kita akan mendapat keuntungan yang besar dengan sekelip mata saja, semuanya dilakukan dengan usaha kita sendiri.

Ok.. artikel kali ni sampai disini, akhir kata terima kasih kepada anda semua yang selalu mengunjungi blog ini. Di artikel yang akan datang, saya akan kongsikan sedikit lagi tips Adsense untuk anda. Semoga program yang anda lakukan akan bertambah maju dan success selalu. PEACE.

Share/Save/Bookmark

Posted in Duit Online | Comments (13)

13 Responses to “Kenapa yang percuma tidak di cuba?”

  1. syinrayafa Says:

    Nak kata pun x kena dengan manusia ni. Setakat ni aku masih lagi belum menceburi bidang mencari duit melalui internet haha..
    syinrayafa´s last blog ..Menjadi kegilaan DSLR… My ComLuv Profile

  2. safar Says:

    Siapa yang tak pernah tipu masa mula berniaga.
    Bbanyak program yang pernah menipu aku sebelum ini. Sekarang aku hanya tumpu pada satu perniagaan sahaja. Kegagalan berakhir dengan kejayaan, betul tak?
    safar´s last blog ..phpBB perisian forum percuma My ComLuv Profile

  3. admin Says:

    Syinrayafa > Kurang faham la apa yang Syinrayafa cakap ni hehe.. betul ke belum pernah lagi? Saya lihat ada Nuffnang Ads kat blog Syinrayafa, tu program mencari duit la tu.. :D

    Safar > Ya, betul tu bro Safar. Kalau kita betul2 berusaha, pasti kita akan berjaya

  4. boy_bersahaje Says:

    Dalam mencari duit kat ternet ni, bagi aku kesabaran dan fokus menentukan segala-galanya. Macam point no 4 tu la yang bisanya orang kita alami dan aku pun pernah mengalaminya. Tapi, apa makna kite tunduk pada kegagalan? Kan rugi namanya, x gitu?
    boy_bersahaje´s last blog ..Laporan: Hujung minggu yang berseminar dan pelaburan… My ComLuv Profile

  5. admin Says:

    Ya, betul tu bro.. saya setujuh. Gagal tak bererti gagal selama-lamanya.. :)

  6. Mr. Cuz Says:

    Affliate best, aku suke2 hehe..
    bersaing dgn sihat tu yg pling best, ramai yg gagal pn sbb xtau care yg btul kot hehe..
    Mr. Cuz´s last blog ..Social Guides My ComLuv Profile

  7. admin Says:

    Betul tu bro Cuz, kena ada cara yg betul baru boleh berjaya dalam affiliate..

  8. adrenal Says:

    Betul tu Kobot..

    Ape pun, kena ada ilmu dulu.. kalau xde ilmu, perkara yg mudah pun boleh jadi susah..

  9. admin Says:

    Saya sokong tu bro Adrenal, kalau x ada ilmu semuanya tak kan menjadi..

  10. faizal ehsan Says:

    Satu artikel menarik. Terima kasih kerana berkunjung ke blog saya. hari ini saya datng ke sini pula :) bro, dah lama ye blogging? Ada tip untuk mantapkan lagi artikel di blog? ;)

  11. admin Says:

    Thanks bro Faizal. Sebenarnya saya dah 3 tahun blogging , tapi dulu guna blog free.. sekarang nak lebih serius dalam blogging.. :)

  12. Aqif Says:

    Sebuah perkongsian yang menarik dan isi yang dinyatakan dalam post ini adalah perkara sebenar yang berlaku dalam diri seseorang apabila ingin menjana pendapatan melalui internet.

    Kalau x gagal, bagaimana nak berjaya?

    Kalau x susah, bagaimana nak senang?

    Kalau x berusaha, bagaimana nak berubah?

    Kejayaan adalah sesuatu yang pasti, tetapi usaha adalah sesuatu yang harus kita hadapi.

    Sentiasa beringat, rezeki masing-masing berbeza. Jika ada yang telah berjaya dalam jangka masa yang singkat, maka itu adalah rezeki insan tersebut.

    Janganlah kita membandingkan diri kita dengan orang lain sangat. :)

  13. admin Says:

    Ya betul tu, saya setujuh apa yg Aqif katakan tu.. :)

Leave a Reply

CommentLuv Enabled