Posted on Friday, 23rd October 2009 by admin
Setelah kejayaan Google dalam pengiklanan mereka, semakin banyak program PPC ( Pay-Per-Click ) yang lain telah muncul di internet. Walaupun program-progrma tersebut tidaklah sehebat Google jika dibandingkan dengan Google Adsense tetapi kita boleh gunakannya untuk meningkatkan hasil pendapatan kita di internet. Tetapi sebelum tu, kita perlu mengenal pasti sama ada program yang kita sertai akan memberikan pulangan yang baik atau tidak. So, pada artikel kali ini, saya akan berikan kepada anda beberapa program PPC yang hampir sama dengan Google Adsense.

Bidvertiser.
Program ini hampir sama dengan Google Adsense tetapi kadar pembayaran yang berbeza. Bidvertiser akan membayar komisen minimun sebanyak USD10 melalui paypal dan USD50 melalui check. So, bagi anda yang belum mempunyi akaun Adsense, Bidvertiser adalah salah satu program PPC yang seharusnya menjadi pilihan anda. Anda juga boleh gunakannya sebagai alternatif kepada Adsense. Layari www.bidvertiser.com.
Yahoo Publisher Network
Iklan Yahoo adalah sangat serupa dengan Iklan Adsense, termasuk format-format iklan yang hampir serupa. Cara dan teknik juga sama seperti Adsense tetapi Yahoo Publisher tidak mempunyi iklan berbentuk Link Unit dan tiada CPM yang boleh merugikan. Sama seperti Bidvertiser, ia boleh digunakan sebagai alternatif kepada Adsense. Layari www.publisher.yahoo.com.
Chitika
Iklan Chitika telah mendapat perhatian ramai kerana iklannya yang datang dari pelbagai format. Selain itu, Chitika sering mendapat perhatian pengunjung kerana iklannya yang disertakan dengan gambar, yang mampu menghasilkan pulangan yang lumayan. Walaubagaimanapun, pihak Chitika akan mengambil proses selama 2-3 hari sebelum meluluskan permohonan anda. Layari www.chitika.com.
Adbrite
Program ini mempunyi sedikit kelainan kerana Advertiser akan meminta Publisher untuk meletak link iklan mereka dengan bayaran yang tertentu. Dengan cara ini Advertiser tidak akan mengalami banyak kerugian kerana mereka bebas untuk memilih dimanakah mereka akan meletakkan iklan mereka, mengawal budget dan dimana lokasi iklan mereka diletakkan. Jadi ini bermakan, laman web anda haruslah mempunyi traffic kerana harga pada iklan yang muncul pada laman web anda adalah bergantung pada pelawat dan Pageview yang diterima setiap hari. Layari www.adbrite.com.
Kontera
Iklan Kontera mempunyi sedikit kelainan dari program-program yang lain. Iklan popup akan muncul apabila mouse melalui keyword yang mempunyi underline. Seperti Adsense, anda juga boleh mengubah warna text dan link mengikut kemahuan anda. Kontera mampu memberikan hasil yang besar kerana iklannya yang sentiasa releven dengan content. Anda juga akan mendapat USD25 jika ada orang lain yang akan mendaftar untuk menjadi publisher dengan menggunakan link anda. Layari www.kontera.com.
Vibrant Media
Program yang sama separti Kontera tetapi mempunyi fungsi yang lebih baik dari Kontera. Selalunya iklan Vibrant Media berbentuk video akan loading dengan cepat berbanding dengan Kontera. Vibrant Media juga mempunyi iklan video yang lebih baik dari Kontera dan ini boleh meningkatkan klik pada iklan tersebut. Layari www.vibrantmedia.com
Nuffnang
Nuffnang adalah salah satu program pengiklanan melalui blog dari Asia. Komisen akan dibayar mengikut mata wang negara masing-masing. Klik pada iklan sendiri tidak akan dikena sebarang tindakan seperti yang dilakukan oleh google tetapi anda tidak akan mendapat apa-apa hasil jika anda klik pada iklan sendiri. Ini kerana, Nuffnang dapat mengesan lokasi pengunjung yang klik pada iklan tersebut melalui IP Address. Layari www.nuffnang.com.my.
Advertlets
Advertlets adalah satu program pengiklan yang baru bertapak di Singapura. Advertlets akan membayar komisen dalam mata wang Asia Tenggara dan bayaran minimun untuk Advertlets adalah sebanyak RM20 untuk publisher di Malaysia. Layari www.advertlets.com.
Catcheye
Salah satu program pengiklanan yang masih baru bertapak di Malaysia. Catcheye adalah hampir sama dengan Nuffnang. Layari www.catcheye.com.my.
Sebenarnya ada banyak lagi program PPC yang lain seperti clicksor.net, adtoll.com, blogads.com, crispads.com dan banyak lagi tapi tak larat nak review, kalau review semua sampai esok pun tak akan siap hehe.. Ok, saya harap artikel kali ini dapat membantu anda untuk menjana lebih banyak pendapatan di internet. Selamat mencuba dan semoga berjaya. PEACE
.
P/S: Jika terdapat kesalahan info, sila hubungi saya. Thanks.
Posted in Duit Online | Comments (9)




October 23rd, 2009 at 5:53 pm
Satu perkongsian yang menarik bro..
p/s : PPC mmg berisiko sikit kalau maen hentam aje.. silap2 boleh rugi kalau tak tahu caranya..
adrenal´s last blog ..ada ke bisnes tanpa risiko?
October 24th, 2009 at 2:08 am
Best2 entri ni hehe..
Aku nak try 2 3 lagi la.. tp malas pulak nak buat blog baru hehe..
Mr. Cuz´s last blog ..Social Guides
October 24th, 2009 at 11:25 am
Adbrite membawa kelainan sikit, cuma dulu ada iklan dewasa. Sekarang mereka telah ubah ke blacklabelads.
Chitika saya suka, sebab cantik iklan dan laman chitika sendiri. Banyak lagi program dekat luar sana tu.. kenalah cuba sendiri.
safar´s last blog ..Tekken 5 bagaimana dapat Jinpachi
October 24th, 2009 at 12:00 pm
Adrenal > Ya.. PPC pun kena guna ilmu juga..
Cuz > Tak payah buat blog baru la bro Cuz, try je kat blog lama tu hehe..
Safar > Betul tu bro Safar, Chitika yang saya nak try ni..
October 26th, 2009 at 12:03 am
Yahoo Publisher Network ni bukan senang nak terima publisher kan?
atau sekarang dah terima asia?
October 26th, 2009 at 9:59 am
Kurang pasti pula, tapi memang susah juga nak apply YPN ni..
October 28th, 2009 at 2:37 pm
Tq.. but still prefer pada Adsense buat mase ni.. huhu
Adney´s last blog ..Mengapa Facebook & Bukan Myspace
October 28th, 2009 at 3:22 pm
Sama la dengan aku bro..
October 29th, 2009 at 12:40 pm
Banyaknya program iklan internet ni.. pening jugak nak pilih..