Posted on Sunday, 30th August 2009 by admin

Lahirnya Seornag Blogger.

Nama saya Hilbert Dauni, dilahirkan pada tahun 1985 dan berasal dari Kota Belud Sabah. Blog ini diwujudkan untuk berkongsi mengenai tips-tips bloging dan apa sahaja yang berkaitan dengan bloging. Jika anda mempunyi artikel tentang tips bloging, anda boleh hubungi saya dan saya akan letakkan artikel anda disini bersama dengan link anda.

Sebenarnya saya mula menegenali apa itu blog pada pertangahan 2007, so boleh dikatakan saya masih lagi mentah dalam dunia blogging jika dibandingkan dengan rakan seperjuangan yang lain. Saya telah menghasilkan blog pertama dengan menggunakan blog free di blogger.com. Asalnya, saya melibatkan diri dalam dunia blogging hanya sekadar suka-suka. Minat untuk serius dalam blogging tu timbul apabila saya dapat tahu bahawa blogging sebenarnya boleh buat duit (hehe..siapa yang tak nak duit kan?), malah saya sanggat exited apabila dapat tahu banyak pro blogging di Malaysia dapat menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit dengan hanya satu blog sahaja.

Dengan menggunakan blog free di blogger.com, saya telah hasilkan banyak blog tetapi semuanya ‘tersangkut’ ditengah ‘jalan’ disebabkan dua perkara iaitu:-

1. Tiada idea untuk menghasilkan sebual blog yang menarik.
2. Tiada traffic yang mengunjungi blog saya.

Di awal tahun 2008, saya banyak mengkaji mengapa saya gagal dalam blogging. Ternyata banyak kesalahan yang saya telah lakukan. Sanggat kecewa dan hampir putus asa tetapi semangat untuk terus berjaya telah mendorong saya untuk bertahan sehingga ke hari ini.

Setelah membeli beberapa ebook, saya dapat tahu bahawa seorang blogger berjaya harus memiliki hosting dan domain sendiri untuk membila kerdibiliti. Dengan bantuan daripada ebook yang telah dihasilkan oleh Smartzul, saya telah memiliki hosting dan domain sendiri. Walaupun saya hanya sekadar membeli pakej basic (sekarang pakej personal) tetapi saya percaya dengan usaha, saya boleh pergi jauh lagi satu hari nanti. Kata-kata dari Ammar Zahar ‘saya bermula dari zero’ membuatkan saya lebih bersemangat untuk lebih serius dalam dunia blogging. Malah Ammar Zahar juga pernah berkata ‘blog sumber pertama saya belajar’, dan baru-baru ini beliau telah menghasilkan ebook free (Zero ke Hero) dikhaskan kepada subscribernya sahaja (bertuah menjadi subscribe Ammar Zahar).

Dengan memiliki hosting dan domain sendiri, saya lebih bersemanggat dalam blogging, tidak seperti dahulu ketika saya menggunakan blog free. Saya harap ia adalah satu permulaan yang baik dan harapan saya di masa hadapan ialah ingin membantu rakan-rakan blogger yang lain. Saya sedar ini adalah bukan satu perkara yang mudah tetapi tiada perkara yang mudah jika kita tidak usahakan sendiri, seperti yang dikatakan oleh kebanyakan usahawan internet Malaysia ‘99.9% adalah datang usaha anda sendiri’. So, kepada anda yang tidak berjaya cuba sekali lagi dan kaji/selidik mengapa anda tidak berjaya.

Peace,

Thanks for visiting,
bertz.

bertzdauni.com

Comments (0)

Comments are closed.